Islamic Widget

Wednesday, 29 June 2011

HIDUP TAKDE MAKNA

As-salam,

Hidup kita utk siapa???? Berpuluh2 tahun hidup namun masih sesat dgn dunia yang fana. Sesungguhnya manusia mudah lupa. Kerana manisnya dunia, manusia lupa akan Penciptanya.

Berapa lama lg kita ingin sesat di dunia ni? Masih belum jumpa jalan keluar lg kah? Seluas2 jalan terbentang untuk kita, kenapa masih ingin melalui laluan yg sempit lg. Nikmat di dunia hanya sementara, akhirat yang kekal. Semua percaya akan kenyataan itu, namun kenapa tiada usaha utk mengejar ke arahnya.

Hidup dgn dosa hingga ssh utk melakukan beribadah. Seringgan2 ibadah terasa sukar kerana dosa yg banyak. Namun, harus ke kita berputus asa begitu aje. Iblis telah bersumpah akan menyesat anak-anak Adam hingga la kiamat. Pintu sentiasa terbuka utk kita. Segeralah memasuki pintu itu sblm ia tertutup utk selama2nya.

Ya Allah, selamatkanlah saudara2ku. Berjuanglah saudaraku sekalian. Masa kita makin singkat. Siapkan diri dengan bekalan yang secukupnya. InsyaAllah

CINTA ITU MILIK SIAPA???

As-Salam.

CINTA...ada apa dgn cinta..hingga ada yg sanggup menggadaikan maruah demi cinta..Banggakah kite jika bercinta??? Fitrah manusia ingin dikasihi dan disayangi..Namun kita lupa, cinta yg sebenarnya hanya cinta pd Ilahi..

Telah banyak ketemui cinta palsu...Akhirnya, tetap kembali kepadaNya jua..Seindah mana sekalipun cinta manusia, namun ia bertahan hanya sementara shj..kenapa masih mencari cinta yang sementara sedangkan yang kekal sentiasa menunggu kita.

Ya ALLAH, sesungguhnya tiada cinta yang teragung melainkan cinta kepadaMu..Layakkah aku untuk mencintaimu, sedangkan diriku penuh dgn noda dosa yang lampau..Ya Allah, terimalah taubat hambamu. Sesungguhnya, ku dahagakan cinta dari Mu.