Islamic Widget

Friday, 1 July 2011

IMAN BAK MUTIARA

Assalamualaikum wbt.

IMAN...tahukah sahabat sekalian, IMAN merupakan sebesar-besar nikmat yang tidak boleh dijual beli. IMAN & ISlAM yang telah mengenalkan kita kepada Pencipta. Memperlihatkan kebesaran Pencipta yang tidak terhingga, mencipta manusia dengan sebaik2 ciptaan & memenuhi segala apa yang kita perlukan di dunia ini. 

Tidakkah ini cukup untuk membuatkan kita rasa bersyukur kepada Allah SWT, serta merasa nikmatnya mengenali Pencipta kita yang sebenar????

Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah (ayat 29) bermaksud:

"Dialah (Allah) yang menciptakan bagi kamu semua (wahai manusia) segala apa yang ada di bumi"

MasyaALLAH. Begitu hebatnya pemberian Allah SWT yang menciptakan segala isi bumi untuk dinikmati dan dikuasai oleh kita semua. Segala isi bumi yang dicipta olehNya telah menjadi sumber rezeki kepada kita. Diciptakan juga permandangan yang indah, pantai yang menakjubkan, hujan, angin, udara dan api yang mengandungi faedah dan kebaikan yang tidak kita ketahui. 

Semua Allah SWT ciptakan untuk manusia PERCUMA..

Bukan itu sahaja, Allah kurniakankan pahala yang begitu besar serta Syurga sebagai ganjaran di atas keiman dan pengakuan kita bahawa segala-galanya adalah pemberian dan rahmat dari Allah SWT, lalu kita akan bersyukur kepada-Nya. Maka bersyukurlah dengan segala nikmat yang diberikan kepada kita.

Ingatlah sahabat sekalian, Iman boleh datang dan pergi. Jika kita berusaha untuk mendapatkannya, ia akan dekat mendampingi kita. Tetapi, jika kita melupakannya, sepantas kilat ia akan pergi. Kejarlah IMAN setiap masa kerana sesungguhnya Allah SWT telah memberitahu bahawa mereka yang tidak beriman kepada-Nya, sebenarnya sentiasa hidup dalam kesempitan. Ini ada tersebut didalam Al-Quran, surah Al-An'aam, ayat 125:

"Dan barangsiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, nescaya Allah menjadikan dadanya SESAK lagi SEMPIT. Seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan kesusahan kepada orang-orang yang tidak beriman."

Let start finding our IMAN & ISLAM. Selamat beribadah. :-)

As-Salam